Thursday, August 12, 2010

Cinta dan Nafsu

Setiap orang memilik perasaan kasih sayang tidak mengira tua ataupun muda. Perasaan cinta, kasih dan sayang dengan seseorang bukanlah semudah yang disangka. Benarlah kata pujangga, cinta mampu membinasakan kita, dan cinta juga mampu menjadikan kita benar-benar hidup.

Cinta bukan merujuk kepada pasangan kekasih sahaja, malah lebih luas daripada itu. Kadang, cinta dan persahabatan menjadi keliru, dan ada yang disalahertikan. Namun bagi mereka yang masih berpegang kepada niat, pasti tidak akan memandang sesuatu itu sebagai yang nyata.

Nafsu, semua orang mempunyai nafsu. Malah ada segelintir yang mempunyai nafsu yang berbeza-beza. Antara nafsu dan cinta mempunyai perkaitan yang kuat. Perasaan cinta tanpa kawalan menimbulkan nafsu. Nafsu yang akhirnya akan membawa kepada penyesalan. Itu bagi mereka yang tau ertinya penyesalan. Tapi bagi mereka yang mempermainkan cinta dan menghambakan diri kepada nafsu, betapa ruginya menjadi seorang manusia. Kita dikurniakan akal untuk berfikir. Kawal nafsu dan perasaan cinta, mudah-mudahan akan dapat dihindari dari melakukan perbuatan yang sia-sia.