Wednesday, February 2, 2011

Sinar Baru

Entah berapa kali sudah aku mengatakan sinar baru. Aku fikir aku sudah cukup kuat untuk melupakan segala kenangan lepas, manatau aku rupanya masih lemah. Aku masih menaruh harapan kepadanya sehinggalah aku melihat sesuatu yang membuatkan aku merasa tiada harapan dan peluang kedua. Hebat sangatkah dia di dalam hatiku sehingga aku tidak boleh melupakannya?Bukankah ianya sudah berakhir enam bulan lepas?Apa lagi yang aku harapkan sebenarnya ni?

Aku tau ada perkara lain lebih penting untukku fikirkan darinya. Aku sedar masa itu tidak akan kembali lagi dan aku harus melihat ke hadapan kerana masa depanku terletak ditanganku sendiri. Jika aku tetap bersikap begini, aku yakin aku tidak akan sampai kepada matlamatku. Dia mungkin sedang bersenang-senang pada ketika ini dan sudahpun membuang aku jauh hatinya. Buat apa lagi aku mengingatinya?

Kesempatan bercuti lama ini sepatutnya aku gunakan untuk menelaah dan belajar. Bukannya mencari kelemahan diri dan merintih akan nasib diri uyang sudah lama berlalu. Kehidupan harus memandang ke depan bukannya memandang ke belakang. Tiap-tiap yang berlaku itu mempunyai hikmah disebaliknya. Yakin dirimu bahawa sinar cahaya yang lebih cerah akan bersama dirimu satu hari nanti. Bersabar dan berdoalah pasti jaya. Usah dikenang benda yang lepas. Maafkan dirimu dan dirinya dan belajarlah daripada pengalaman.