Saturday, May 28, 2011

Memori Lagu


Westlife, salah sebuah band yang paling diminati suatu ketika dahulu. Antara lagu-lagu mereka yang menjadi siulanku My Love, Fool Again, Swear It Again, dan If I Let You Go. Dan lagu yang menjadi  siulan ketika ini Miss You...Bukan apa sekadar untuk dinyanyikan ketika sedang merindui seseorang.


Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu

Esok 8 Mei 2011 Sambutan Hari Ibu Sedunia. Selamat Menyambut Hari Ibu Untuk Ibuku dan Ibu Keduaku iaitu Makcikku yang banyak berkorban, menjaga, membesarkan, menyekolahkan, mendidik serta tidak putus-putus memberikan teguran dan nasihat. Sesungguhnya tanpa mereka siapalah aku dan siapalah kita di dunia ini.Kasih ibu sampai ke Syurga, Kasih Ayah Selama-lamanya.

Selagi kita masih bernyawa, jagalah kedua ibu bapa kita. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memelihara dan menjaga kebajikan mereka. Mereka tidak pernah meminta kerana bagi mereka menjaga anak-anak dan melihat anak-anak berjaya memadai bagi mereka. Tapi, tegakah kita setelah mereka bersusah payah bersengkang mata, membanting tulang empat kerat membesarkan kita tetapi kita mengabaikan mereka. Kasih sayang kedua orang tua terhadap anak-anaknya adalah selamanya..