Tuesday, September 6, 2011



Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin untuk semua. Bersempena dengan Syawal yang mulia ni, ku memohon seribu kemaafan andainya selama disini tersinggung kata terguris hati. Aku hanyalah insan biasa yang tiada daya untuk semuanya.


Seminggu bercuti raya tidak terasakan waktunya. Berada di kampung sering mengamit perasaan rindu untuk selalu berada di sana bersama keluarga tercinta. Suasana kampung yang sunyi dan tenang seakan-akan memanggilku pulang selalu. Sepanjang raya, tidak banyak rumah yang dikunjungi. Raya pertama balik ke kampung dengan niat untuk memakan ketupat palas dan rendang ayam. Raya kedua raya terbuka di rumah. Seperti tahun-tahun lepas, tidak menang tangan melayan tetamu yang berkunjung. Raya ketiga pula berada di rumah makcik menolongnya memasak (walhal cuma menjadi AJK potong memotong sayur sahaja..heheheh).


Paling istimewa raya tahun ni ada sup payau, sup ekor dan satay payau. Selepas ni bolehlah membuat satay lagi kalau abang dapat payau lagi. Kemeriahan hari raya diteruskan dengan menghadiri majlis perkahwinan sepupu Saflee Hamin dan pasangannya Noratikah. Menjadi AJK tidak bertauliah lagi masa di sana. Walaupun ada sedikit kecacatan namun alhamdulillah majlis dapat diteruskan sehingga habis. Iktibar dari itu adalah melakukan perancangan terperinci sebelum majlis dijalankan.


Dimana-mana sahaja perayaan Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Syawal ada sebulan dan pada bila-bila masa boleh berkunjung ke rumah untuk beraya.