Thursday, September 20, 2012
coba2
Wednesday, August 15, 2012
Derita Merindu Di Ambang Syawal
Begitu cepat masa berlalu
Ramadhan kini di penghujungnya
Sempatkah bertemu Ramadhan akan datang?
Syawal menjelang pasti mengamit kerinduan
Rindunya beramal di bulan Ramadhan
Tunduk mengabdikan diri padaNya
Syawal mendatang
Meningatkan aku padanya
Ingin ku bertemu dan memohon kemaafan darinya
Kerana ini Syawal terakhirku dengannya
Kerana aku akan membebaskannya
Kepada si dia yang lebih menyayanginya
Ingin ku ucapkan padanya
Selamat tinggal sahabatku, kekasihku
Aku tidak mampu menanggung
Rindu padamu yang bukan milikku
Izinkan aku pergi
Membawa kedukaan dan kesedihan ini
Mencari ketenangan hakiki..

Monday, July 9, 2012
Pelbagai Rencah Kehidupan
Persekitaran kerja yang tidak sihat banyak memberi kesan emosi kepada pekerja. Ditambah dengan karenah-karenah manusia yang pelbagai adakalanya menuntut kita untuk berfikir secara waras dan rasional. Bercakap belakang hanya akan mengeruhkan keadaan....itulah yang aku peroleh hasil pemerhatian di sekelilingku. Muka tembok, hipokrit, gila kuasa dan bermuka-muka menjadi amalan segelintir manusia masa kini. Maklumlah hidup di zaman moden ini tidak memerlukan kita menjadi orang jujur. Siapa yang jujur akan menjadi mentimun...Inikah nilai-nilai kehidupan yang perlu kita lalui ketika ini?
Hidup umpama roda, seketika kita berada di atas, seketika kita berada di bawah. Setiap yang dilalui dalam kehidupan merupakan pengalaman berharga yang mematangkan kita untuk menjadi orang yang berguna di masa akan datang. Suka duka dalam kehidupan menjadi rencah, pemanis, penawar, dan sebagainya. Begitulah hidup yang penuh pancaroba dan cabaran ketika ini.

Saturday, February 11, 2012
AlKisah RumahTangga
Kisah kecurangan suami atau isteri semakin berleluasa dewasa kini. Tidak perlu pergi jauh, ianya berlaku di depan mata sehingga membuatkan aku merasa tidak yakin dengan institusi perkahwinan. Mengapa perlu berjanji sehidup semati sedangkan tidak mampu untuk menunaikannya. Mengapa hati berubah sedangkan sudah memahami luar dan dalam pasangan masing-masing. Itulah yang sering menjadi persoalan kepada diriku.
Jawapan yang sering didengar, waktu berubah, zaman pun moden dan kebanyakan orang menjadikan ianya sebagai perkara biasa. Terkadang terfikir, tidakkah mereka merasakan tindakan mereka ini sesuatu yang salah?Dimanakah letaknya akal untuk berfikir?Adakah manusia di zaman akhir ini hanya tunduk kepada tuntutan nafsu semata-mata?Jika mereka berfikir sedemikian, maka merekalah orang yang tersangat rugi dan beruntunglah bagi mereka yang tahu berfikir.
Kecurangan suami atau isteri bukanlah sesuatu yang asing pada masa kini. Banyak cerita yang didengar sama ada melalui pengalaman sendiri mahupun yang dibaca melalui media cetak atau media elektronik. Perasaan takut dan trauma menyelubungi diri kerana takut seandainya perkara ini turut dialami sendiri. Peristiwa sebegini membuatkan sesetengah orang lebih senang untuk sendiri berbanding mempunyai suami. Bagaimanapun tidak dinafikan mereka ini mempunyai naluri untuk mendirikan rumah tangga, namun peristiwa yang terjadi lebih banyak mempengaruhi mereka untuk lebih senang sendiri.
Tidak dinafikan juga, banyak rumahtangga yang kekal hingga ke akhirnya. Kata seorang kawan, "Itu bergantung kepada pengurusan kamu berdua", bermaksud komunikasi penting dalam mewujudkan sesebuah keluarga yang bahagia. Saya percaya, lelaki mahupun perempuan yang sudah, akan, dan telah berkahwin masing-masing mahukan perkahwinan yang berkekalan hingga ke akhir nyawa. Doaku sentiasa mengiringi kalian.

Tuesday, January 31, 2012
Pengalaman dari Penyesalan
Biasanya, selepas 'dia' pergi barulah kita terasa betapa bermaknanya dia dengan hidup kita. Ketika itu, kita hanya akan dapat mendoakan kebahagiaannya dan penyesalan tidak menghargainya ada ketikanya menghantui kita. Mungkin inilah yang dikatakan hidup..belajar dari pengalaman. Tetapi, berapa ramaikah orang yang sedar akan bernilainya persahabatan dalam hidup mereka. Terkadang pula, mereka bersikap sambil lewa dan menyakiti hati Adam/Hawa tanpa disedari. Lihatlah dengan pandangan mata hati dan bukan kepada pandangan luaran sahaja. Yakinilah bahawa setiap yang diberikan kepada kita ada hikmah disebaliknya dan sudah termaktub dalam Loh Mahfuz lagi. Penyesalan tetap akan ada dalam tiap-tiap diri manusia. Perbaiki diri dan sentiasa ikhlas dalam melakukan sesuatu. Yakinlah bahawa janji Allah SWT itu adalah benar.
Subscribe to:
Comments (Atom)