Tuesday, January 31, 2012
Pengalaman dari Penyesalan
Biasanya, selepas 'dia' pergi barulah kita terasa betapa bermaknanya dia dengan hidup kita. Ketika itu, kita hanya akan dapat mendoakan kebahagiaannya dan penyesalan tidak menghargainya ada ketikanya menghantui kita. Mungkin inilah yang dikatakan hidup..belajar dari pengalaman. Tetapi, berapa ramaikah orang yang sedar akan bernilainya persahabatan dalam hidup mereka. Terkadang pula, mereka bersikap sambil lewa dan menyakiti hati Adam/Hawa tanpa disedari. Lihatlah dengan pandangan mata hati dan bukan kepada pandangan luaran sahaja. Yakinilah bahawa setiap yang diberikan kepada kita ada hikmah disebaliknya dan sudah termaktub dalam Loh Mahfuz lagi. Penyesalan tetap akan ada dalam tiap-tiap diri manusia. Perbaiki diri dan sentiasa ikhlas dalam melakukan sesuatu. Yakinlah bahawa janji Allah SWT itu adalah benar.
Subscribe to:
Comments (Atom)