Monday, July 9, 2012

Pelbagai Rencah Kehidupan

Persekitaran kerja yang tidak sihat banyak memberi kesan emosi kepada pekerja. Ditambah dengan karenah-karenah manusia yang pelbagai adakalanya menuntut kita untuk berfikir secara waras dan rasional. Bercakap belakang hanya akan mengeruhkan keadaan....itulah yang aku peroleh hasil pemerhatian di sekelilingku.  Muka tembok, hipokrit, gila kuasa dan bermuka-muka menjadi amalan segelintir manusia masa kini. Maklumlah hidup di zaman moden ini tidak memerlukan kita menjadi orang jujur. Siapa yang jujur akan menjadi mentimun...Inikah nilai-nilai kehidupan yang perlu kita lalui ketika ini?

Hidup umpama roda, seketika kita berada di atas, seketika kita berada di bawah. Setiap yang dilalui dalam kehidupan merupakan pengalaman berharga yang mematangkan kita untuk menjadi orang yang berguna di masa akan datang. Suka duka dalam kehidupan menjadi rencah, pemanis, penawar, dan sebagainya. Begitulah hidup yang penuh pancaroba dan cabaran ketika ini.