Wednesday, August 15, 2012

Derita Merindu Di Ambang Syawal

Begitu cepat masa berlalu
Ramadhan kini di penghujungnya
Sempatkah bertemu Ramadhan akan datang?
Syawal menjelang pasti mengamit kerinduan
Rindunya beramal di bulan Ramadhan
Tunduk mengabdikan diri padaNya

Syawal mendatang
Meningatkan aku padanya
Ingin ku bertemu dan memohon kemaafan darinya
Kerana ini Syawal terakhirku dengannya
Kerana aku akan membebaskannya
Kepada si dia yang lebih menyayanginya
Ingin ku ucapkan padanya
Selamat tinggal sahabatku, kekasihku
Aku tidak mampu menanggung
Rindu padamu yang bukan milikku
Izinkan aku pergi
Membawa kedukaan dan kesedihan ini
Mencari ketenangan hakiki..