lumrah alam, berputar mengikut paksinya
hidup umpama roda
dibawah bukan selamanya tunduk
di atas bukan selamanya megah
suatu waktu akan berputar
manis bertukar pahit
indah menjadi ngeri
kerana tiada iman dihatinya
selamanya resah menanti gembira hari esok
hati terluka lagi
andai benangnya seteguh karang
andai teguhnya ibarat gunung gah membukit
jatuhnya membawa seribu duka
retak seribu menghiris kalbu
kesembuhan sukar tiada penawar
masa dan waktu menjadi penentu.
pergilah kekasih jauh dari pandanganku
kesembuhan ini tiada penghujungnya
derita hati tak siapa mengerti
hanya putaran waktu
detik demi detik
menjadi penawar hati seribu duka