Tuesday, December 7, 2010
Salam Maal Hijrah
1 Muharam 1432H..selamat menyambut tahun baru Hijrah.Aku menyambut tahun baru hijrah di kampung dengan suasana sederhana. Aku sengaja mengambil cuti kelmarin untuk memberi peluang kepada diri bermuhasabah disamping membina kekuatan diri. Sejak kebelakangan ini aku rasakan aku memerlukan keyakinan diri dan masa untuk memberi ruang kepada diri bermuhasabah menjadi yang lebih baik...Kadang aku terfikir, apa sebenarnya yang aku mahu dalam hidup ini?Kenapa laluan hidupku ku rasa sukar berbanding yang lain?Tapi, bila difikirkan semula, semua yang telah aku lalui tentunya mempunyai hikmah yang tersembunyi. Mungkin inilah ujian yang diberikan kepadaku..Siapa tahu atas berkat kesabaran, akhirnya nanti aku akan beroleh kesenangan juga. Insya Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment