Tajuk ini dipilih secara kebetulan mendengar lagu Love Is Difficult oleh Lee Seung Chul di Youtube. Kebetulan pula...sememangnya cinta itu terlalu sukar untuk dimengertikan. Ada segelintir mengatakan cinta itu indah dan boleh diungkapkan seperti Makan Tak Kenyang, Tidur Tak Lena, dan Mandi Tak Basah..Heee...terkadang tersenyum sendiri mendengar ungkapan tersebut kerana mengikut pengalaman sendiri, tidak pun berlaku sedemikian.Ermm...apapun sebenarnya itu terpulang kepada pendapat masing-masing bagaimana mereka mengekspresikan perasaan masing-masing. Namun tidak dinafikan, perasaan bercinta, semua indah belaka.
Cinta sukar untuk dimengertikan. Hanya mereka yang mengalaminya sahaja mengetahui erti cinta. Cinta zaman sekarang lebih kepada cinta berlandaskan nafsu semata-mata. Kalaupun ada cinta sejati tidak lagi ramai mengalaminya seperti dahulu. Indahnya cinta jika bersulamkan kepercayaan, kejujuran, dan keikhlasan. Saling menerima dan menghormati antara satu sama lain.


No comments:
Post a Comment