Buat julung kalinya pada tahun ini mengadakan Hari Keluarga Indau. Idea bermula daripada seorang sepupu untuk mengadakannya dan setelah kata dipersetujui maka sambutan diadakan pda 30 & 31 Disember 2010. Wah, walaupun sederhana tetapi meriah. 30 Disember 2010, acara sukaneka diadakan...dengan matahari yang terik di awal pagi acara bermula sehinggalah petang. Hitam dan lengan ni tapi x apalah, bukan selalu..nasib baiklah ku punya muka x terbakar..hehehe...waktu malam pula diadakan pertandingan Karaoke..jadilah aku MC tidak bertauliah..Jam menunjukkan pukul 12.08am 31 Disember 2010, masih menyanyi lagi para makcik dan pakcikku..aina..ni baru Hari Keluarga, lau upacara perkahwinan nanti, sudah tentu sampai pagi acara menyanyi karaoke..begitulah kemeriahan sambutan sebarang acara di sini..hehehehehe...
Thursday, December 30, 2010
SELAMAT TINGGAL 2010, SELAMAT DATANG 2011
Tinggal sehari lagi tahun 2010 akan melabuhkan tirainya. Selamat datang 2011, dengan harapan, semangat, dan azam baru. 2010, permulaan untuk hidup yang lebih matang barangkali kalau itu yang boleh dikatakan. Patah hati kerana perhubungan yang tidak kesampaian, namun itu bukan satu alasan yang kukuh untuk aku tidak bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Mujurlah, di saat-saat hatiku sedih, adanya sahabat baik yang banyak memberikan sokongan dan nasihat supaya aku lebih kuat dan tabah untuk segalanya. Semua kekecewaan yang dilalui ada hikmah disebaliknya yang belum kita ketahui..Oleh itu, pandanglah ke hadapan..jadikan misimu sebagai keutamaanmu, ikhlas, menghormati org lain, dan berfikir yang baik2 sahaja, Insya Allah apa yang dihadapan akan dilalui dengan baik.Kenangan manis tetap ada juga yang tidak juga akan dilupakan.
2011, tinggal setahun lagi untukku menghabiskan perjuangan sebagai seorang student..Insya Allah, selepas tamat Degree, jika dimurahkan rezeki akan meneruskan pengajian ke peringkat Master. Apa lagi yang ingin aku lakukan selain dari menimba ilmu untuk mencapai kepuasan...heeee...Semoga Berjaya...Apa lagi harapan untuk tahun 2011...???Harapnya misi tercapai tanpa mengutamakan perasaan lagi. Cukuplah sudah apa yang sudah aku lalui...Jika berteman pasti ianya akan datang sendiri tanpa diminta...Apa yang penting, Kuatkan azam dalam dada, tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi..chewahhh mcm Melodi lah pula...hehehe..apapun Niat Yang Ikhlas, Doa KepadaNya, Usaha dan Tawakal pasti berjaya..Insya Allah..

Tuesday, December 7, 2010
Salam Maal Hijrah
1 Muharam 1432H..selamat menyambut tahun baru Hijrah.Aku menyambut tahun baru hijrah di kampung dengan suasana sederhana. Aku sengaja mengambil cuti kelmarin untuk memberi peluang kepada diri bermuhasabah disamping membina kekuatan diri. Sejak kebelakangan ini aku rasakan aku memerlukan keyakinan diri dan masa untuk memberi ruang kepada diri bermuhasabah menjadi yang lebih baik...Kadang aku terfikir, apa sebenarnya yang aku mahu dalam hidup ini?Kenapa laluan hidupku ku rasa sukar berbanding yang lain?Tapi, bila difikirkan semula, semua yang telah aku lalui tentunya mempunyai hikmah yang tersembunyi. Mungkin inilah ujian yang diberikan kepadaku..Siapa tahu atas berkat kesabaran, akhirnya nanti aku akan beroleh kesenangan juga. Insya Allah.
Subscribe to:
Comments (Atom)