Thursday, December 30, 2010

SELAMAT TINGGAL 2010, SELAMAT DATANG 2011

Tinggal sehari lagi tahun 2010 akan melabuhkan tirainya. Selamat datang 2011, dengan harapan, semangat, dan azam baru. 2010, permulaan untuk hidup yang lebih matang barangkali kalau itu yang boleh dikatakan. Patah hati kerana perhubungan yang tidak kesampaian, namun itu bukan satu alasan yang kukuh untuk aku tidak bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Mujurlah, di saat-saat hatiku sedih, adanya sahabat baik yang banyak memberikan sokongan dan nasihat supaya aku lebih kuat dan tabah untuk segalanya. Semua kekecewaan yang dilalui ada hikmah disebaliknya yang belum kita ketahui..Oleh itu, pandanglah ke hadapan..jadikan misimu sebagai keutamaanmu, ikhlas, menghormati org lain, dan berfikir yang baik2 sahaja, Insya Allah apa yang dihadapan akan dilalui dengan baik.Kenangan manis tetap ada juga yang tidak juga akan dilupakan.
2011, tinggal setahun lagi untukku menghabiskan perjuangan sebagai seorang student..Insya Allah, selepas tamat Degree, jika dimurahkan rezeki akan meneruskan pengajian ke peringkat Master. Apa lagi yang ingin aku lakukan selain dari menimba ilmu untuk mencapai kepuasan...heeee...Semoga Berjaya...Apa lagi harapan untuk tahun 2011...???Harapnya misi tercapai tanpa mengutamakan perasaan lagi. Cukuplah sudah apa yang sudah aku lalui...Jika berteman pasti ianya akan datang sendiri tanpa diminta...Apa yang penting, Kuatkan azam dalam dada, tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi..chewahhh mcm Melodi lah pula...hehehe..apapun Niat Yang Ikhlas, Doa KepadaNya, Usaha dan Tawakal pasti berjaya..Insya Allah..

No comments:

Post a Comment