Pertama kali mendengar lagu ini, lidah terkedu mendengar setiap bait-bait lirik lagunya. Benarlah ramai orang mengatakan, lagu mempunyai kisah disebaliknya dan mempunyai makna yang tersirat.
Tuesday, October 25, 2011
Sentiasa MengenangNya
Pertama kali mendengar lagu ini, lidah terkedu mendengar setiap bait-bait lirik lagunya. Benarlah ramai orang mengatakan, lagu mempunyai kisah disebaliknya dan mempunyai makna yang tersirat.
Monday, October 17, 2011
Selamat Ulang Tahun Sahabat
Tanggal 17 Oktober merupakan tarikh keramat bagiku..tarikh yang akan ku ingat sampai bila2.Kepada Sahabatku Cordova, selamat ulang tahun kelahiran buatmu. Semoga dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki dan mendapat kesihatann yang baik sentiasa. Ku doakan agar kau akan segera bertemu dengan jodohmu dan paling penting ku doakan agar kau akan berubah.
Engkau adalah orang yang akan kekal dalam ingatan ku sepanjang hidupku walau banyak ceritera suka duka sepanjang mengenalimu. Engkau juga adalah orang yang akan selalu ku hormati pandanganmu kerana ku tahu itulah dirimu sebenar. Memang manusia harus seimbang, tapi bagi kita keseimbangan dalam erti kata yang sebenar adalah lebih baik dari segalanya....

Sunday, October 16, 2011
Tuesday, September 6, 2011
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin untuk semua. Bersempena dengan Syawal yang mulia ni, ku memohon seribu kemaafan andainya selama disini tersinggung kata terguris hati. Aku hanyalah insan biasa yang tiada daya untuk semuanya.
Seminggu bercuti raya tidak terasakan waktunya. Berada di kampung sering mengamit perasaan rindu untuk selalu berada di sana bersama keluarga tercinta. Suasana kampung yang sunyi dan tenang seakan-akan memanggilku pulang selalu. Sepanjang raya, tidak banyak rumah yang dikunjungi. Raya pertama balik ke kampung dengan niat untuk memakan ketupat palas dan rendang ayam. Raya kedua raya terbuka di rumah. Seperti tahun-tahun lepas, tidak menang tangan melayan tetamu yang berkunjung. Raya ketiga pula berada di rumah makcik menolongnya memasak (walhal cuma menjadi AJK potong memotong sayur sahaja..heheheh).
Paling istimewa raya tahun ni ada sup payau, sup ekor dan satay payau. Selepas ni bolehlah membuat satay lagi kalau abang dapat payau lagi. Kemeriahan hari raya diteruskan dengan menghadiri majlis perkahwinan sepupu Saflee Hamin dan pasangannya Noratikah. Menjadi AJK tidak bertauliah lagi masa di sana. Walaupun ada sedikit kecacatan namun alhamdulillah majlis dapat diteruskan sehingga habis. Iktibar dari itu adalah melakukan perancangan terperinci sebelum majlis dijalankan.
Dimana-mana sahaja perayaan Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Syawal ada sebulan dan pada bila-bila masa boleh berkunjung ke rumah untuk beraya.
Sunday, August 21, 2011
Ramadhan
Waktunya dinanti
Setahun kembali lagi
Wajah Sang Kekasih tersenyum
Tanda Kesyukuran Menyambut Ramadhan penuh berkat
Wajah Sang Kekasih
Mengabdi diri kepadaNya
Mengharap keampunan dosa semalam
Mengharap pahala berlipat ganda
Sebagai bekalan disana
Ramadhan
Ku menantimu bagaikan
Menunggu kekasih datang mendekat
Berlumba mengerjakan amal ibadat
Menyucikan diri kembali ke fitrahnya.

Sunday, July 3, 2011
Koleksi Mutiara Kata
- Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat
- Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
- Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging
- Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya
- Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan
Saturday, May 28, 2011
Memori Lagu
Westlife, salah sebuah band yang paling diminati suatu ketika dahulu. Antara lagu-lagu mereka yang menjadi siulanku My Love, Fool Again, Swear It Again, dan If I Let You Go. Dan lagu yang menjadi siulan ketika ini Miss You...Bukan apa sekadar untuk dinyanyikan ketika sedang merindui seseorang.
Saturday, May 7, 2011
Selamat Hari Ibu
Esok 8 Mei 2011 Sambutan Hari Ibu Sedunia. Selamat Menyambut Hari Ibu Untuk Ibuku dan Ibu Keduaku iaitu Makcikku yang banyak berkorban, menjaga, membesarkan, menyekolahkan, mendidik serta tidak putus-putus memberikan teguran dan nasihat. Sesungguhnya tanpa mereka siapalah aku dan siapalah kita di dunia ini.Kasih ibu sampai ke Syurga, Kasih Ayah Selama-lamanya.Selagi kita masih bernyawa, jagalah kedua ibu bapa kita. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memelihara dan menjaga kebajikan mereka. Mereka tidak pernah meminta kerana bagi mereka menjaga anak-anak dan melihat anak-anak berjaya memadai bagi mereka. Tapi, tegakah kita setelah mereka bersusah payah bersengkang mata, membanting tulang empat kerat membesarkan kita tetapi kita mengabaikan mereka. Kasih sayang kedua orang tua terhadap anak-anaknya adalah selamanya..
Sunday, April 10, 2011
Love is So Difficult
Tajuk ini dipilih secara kebetulan mendengar lagu Love Is Difficult oleh Lee Seung Chul di Youtube. Kebetulan pula...sememangnya cinta itu terlalu sukar untuk dimengertikan. Ada segelintir mengatakan cinta itu indah dan boleh diungkapkan seperti Makan Tak Kenyang, Tidur Tak Lena, dan Mandi Tak Basah..Heee...terkadang tersenyum sendiri mendengar ungkapan tersebut kerana mengikut pengalaman sendiri, tidak pun berlaku sedemikian.Ermm...apapun sebenarnya itu terpulang kepada pendapat masing-masing bagaimana mereka mengekspresikan perasaan masing-masing. Namun tidak dinafikan, perasaan bercinta, semua indah belaka.
Thursday, March 24, 2011
Wednesday, February 2, 2011
Sinar Baru
Entah berapa kali sudah aku mengatakan sinar baru. Aku fikir aku sudah cukup kuat untuk melupakan segala kenangan lepas, manatau aku rupanya masih lemah. Aku masih menaruh harapan kepadanya sehinggalah aku melihat sesuatu yang membuatkan aku merasa tiada harapan dan peluang kedua. Hebat sangatkah dia di dalam hatiku sehingga aku tidak boleh melupakannya?Bukankah ianya sudah berakhir enam bulan lepas?Apa lagi yang aku harapkan sebenarnya ni?
Aku tau ada perkara lain lebih penting untukku fikirkan darinya. Aku sedar masa itu tidak akan kembali lagi dan aku harus melihat ke hadapan kerana masa depanku terletak ditanganku sendiri. Jika aku tetap bersikap begini, aku yakin aku tidak akan sampai kepada matlamatku. Dia mungkin sedang bersenang-senang pada ketika ini dan sudahpun membuang aku jauh hatinya. Buat apa lagi aku mengingatinya?
Kesempatan bercuti lama ini sepatutnya aku gunakan untuk menelaah dan belajar. Bukannya mencari kelemahan diri dan merintih akan nasib diri uyang sudah lama berlalu. Kehidupan harus memandang ke depan bukannya memandang ke belakang. Tiap-tiap yang berlaku itu mempunyai hikmah disebaliknya. Yakin dirimu bahawa sinar cahaya yang lebih cerah akan bersama dirimu satu hari nanti. Bersabar dan berdoalah pasti jaya. Usah dikenang benda yang lepas. Maafkan dirimu dan dirinya dan belajarlah daripada pengalaman.

Wednesday, January 26, 2011
Tekun, Rajin, dan Disiplin
Semua orang mempunyai matlamat hidup masing-masing. Tak kisahlah matlamat itu kecil ataupun besar. Kunci kejayaan adalah berusaha dengan gigih, tekun dan mempunyai displin diri. Sekiranya sikap-sikap itu ada pada diri anda, Insya Allah, kejayaan berada dihadapan anda. Jangan lupa untuk selalu berdoa kepadaNya, berusaha dan bertawakal, mudah-mudahan kejayaan digenggaman anda.
Bercakap mengenai kegigihan, tekun , dan yang sewaktu dengannya adalah merujuk kepada diriku sendiri. Aku mempunyai cita-cita yang aku inginkan tetapi usahaku ke arah itu nampaknya sambil lewa sahaja. Aku suka melakukan kerja last minit, melakukan perkara yang bukan menjadi keutamaan sedangkan ada lagi perkara yang lebih penting dan bermanfaat untuk masa hadapan daripada itu. Sampai bila harus begini?Butakah mata tidak melihat keperitan dan kepayahan ibu bapa membesarkan anak-anak sehingga sekarang?..Aku sedar akan itu semua tetapi aku tidak berusaha keluar dari kepompong "Kemalasan Diri" yang sangat berleluasa ini...

Subscribe to:
Comments (Atom)