Semua orang mempunyai matlamat hidup masing-masing. Tak kisahlah matlamat itu kecil ataupun besar. Kunci kejayaan adalah berusaha dengan gigih, tekun dan mempunyai displin diri. Sekiranya sikap-sikap itu ada pada diri anda, Insya Allah, kejayaan berada dihadapan anda. Jangan lupa untuk selalu berdoa kepadaNya, berusaha dan bertawakal, mudah-mudahan kejayaan digenggaman anda.
Bercakap mengenai kegigihan, tekun , dan yang sewaktu dengannya adalah merujuk kepada diriku sendiri. Aku mempunyai cita-cita yang aku inginkan tetapi usahaku ke arah itu nampaknya sambil lewa sahaja. Aku suka melakukan kerja last minit, melakukan perkara yang bukan menjadi keutamaan sedangkan ada lagi perkara yang lebih penting dan bermanfaat untuk masa hadapan daripada itu. Sampai bila harus begini?Butakah mata tidak melihat keperitan dan kepayahan ibu bapa membesarkan anak-anak sehingga sekarang?..Aku sedar akan itu semua tetapi aku tidak berusaha keluar dari kepompong "Kemalasan Diri" yang sangat berleluasa ini...
Ingatlah bahawa Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesebuah umat/seseorang kalau bukan diri sendiri yang mengubahnya. Kuatkan semangat untuk mencapai cita-cita. Kejayaan seseorang itu bermula dengan jerih payah, pengorbanan tidak terhingga, dan perjuangan tanpa henti. Tiada manusia yang berjaya sekelip mata melainkan usahanya sendiri.Mungkin pada ketika ini dirimu susah, dadamu sempit. Namun, percayalah jika sifat malasmu dibuang dan menanamkan rasa tanggungjawab dan cita-citamu ditangan serta hatimu, Insya Allah semua rasa itu akan hilang. Dan paling utama, ingatlah pengorbanan kedua orang tuamu yang telah bersusah-payah membesarkanmu. Selalu mendoakan mereka, mudah-mudahan segala urusanmu dipermudahkan.
No comments:
Post a Comment