Wednesday, January 26, 2011

Tekun, Rajin, dan Disiplin

Semua orang mempunyai matlamat hidup masing-masing. Tak kisahlah matlamat itu kecil ataupun besar. Kunci kejayaan adalah berusaha dengan gigih, tekun dan mempunyai displin diri. Sekiranya sikap-sikap itu ada pada diri anda, Insya Allah, kejayaan berada dihadapan anda. Jangan lupa untuk selalu berdoa kepadaNya, berusaha dan bertawakal, mudah-mudahan kejayaan digenggaman anda.

Bercakap mengenai kegigihan, tekun , dan yang sewaktu dengannya adalah merujuk kepada diriku sendiri. Aku mempunyai cita-cita yang aku inginkan tetapi usahaku ke arah itu nampaknya sambil lewa sahaja. Aku suka melakukan kerja last minit, melakukan perkara yang bukan menjadi keutamaan sedangkan ada lagi perkara yang lebih penting dan bermanfaat untuk masa hadapan daripada itu. Sampai bila harus begini?Butakah mata tidak melihat keperitan dan kepayahan ibu bapa membesarkan anak-anak sehingga sekarang?..Aku sedar akan itu semua tetapi aku tidak berusaha keluar dari kepompong "Kemalasan Diri" yang sangat berleluasa ini...