Persahabatan itu terlalu indah untuk diperkatakan. Cubit paha kiri, terasa paha kanan, itulah perumpamaannya. Dalam hidup ini, kita memerlukan sahabat untuk berbicara, berdebat, berkongsi masalah, berbincang dengan pelbagai isu semasa dan sebagainya. Itulah lumrah bersahabat. Ketika kita gembira dia selalu ada, dan ketika dia sedih dia juga ada disisi, ibarat isi dengan kuku. Sahabat, dia yang banyak menegur salah dan silap agar kita tidak tersasar jauh. Sahabat, yang sering memberikan nasihat ketika kita dalam kekeliruan membuat pilihan. Sahabat, dialah yang terhebat.
No comments:
Post a Comment