Tuesday, September 23, 2014
Menulis
Seringkali hati terdetik di dalam hati untuk menulis. Aku percaya itulah ilham untuk memulakan penulisan tidak kira mengenai topik apapun. Suatu ketika dahulu, aku pernah menulis cerpen...cerpen untuk remaja...aku masih ingat, cerpen itu ku berikan kepada kakak sepupuku untuk dibaca. Komenya pada ketika itu, bagus..teruskan penulisan itu..kerana cerpen itu (manuskrip) itu belum siap sepenuhnya. Manuskrip itupun aku tidak tahu ke mana menghilang. Dorongan menulis adalah dari manuskrip itu.
Menginjak remaja, aku jarang menulis tapi aku mempunyai hobi baru iaitu menulis jurnal. Ada kalanya aku menulis sajak. Sajak ku kira mempunyai nilai seninya yang tersendiri. Sajak mengajak kita untuk berfikir maksud yang ingin disampaikan oleh penyajak. Tutur bicara penuh isi tersurat mampu mengajak kita berfikir secara kreatif. Peranan sajak itu sendiri banyak membantu meningkatkan semangat nasionalisme kepada rakyat ke arah kemerdekaan. Bagiku juga, ianya suatu kepuasan meluahkan perasaan melalui sajak. Puitis, bermakna, dan nilai bahasa yang tinggi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment