Tuesday, November 2, 2010



Bagaikan dicucuk-cucuk hati ini untuk balik ke kampung..Kalaulah ku ada sayap, ingin saja ku terbang balik skrg juga....Hampir sebulan tidak balik ke kampung, membuatkan aku rasa tersangat rindu. Bukanlah ada apa-apa yang istimewa di kampung tetapi rindu dengan keluarga, berkumpul bersama, dan membuat aktiviti bersama...Lagi seronok bila buat aktiviti masak-masak, kuarga pcik dan makcik datang rumah makan bersama-sama dan karaoke...karaoke sampai tak ingat dunia..hehehe...

Aku hairan dengan segelintir sikap manusia yang suka berjauhan dengan keluarga. Kalau sudah mempunyai keluarga sendiri itu lain lah...kerana masing-masing mempunyai komitmen lain. Aku, sementara masih bujang2 ni, keluarga akan tetapku utamakan...walau hanya sekali sebulan balik, aku masti balik. Dan aku juga menyimpan hasrat, suatu hari nanti, aku ingin berkhidmat di tempatku sendiri..tidak kisahlah sama ada aku bekerja dengan agensi lain, mahupun bekerja sendiri, aku pasti dan yakin aku kan balik ke sana.

Ingatan ku ketika ini bukan lagi di sini(tmpt krj)..Betapa rindunya aku dengan suasana rumah...wawawawa..melampau betul...hehehehe...Di Sana juga tempatku menenangkan fikiran. Bilaku rasa sangat stress ataupun perlukan oksigen lebih, maka aku akan balik. Ermm...bercakap pasal tempat menenangkan fikiran, aku sudah menemui satu lagi tempat yang sesuai untuk merawat jiwa yang luka...uhuhuhuu...Pulau Mamutik...Aku rasa tenang sekali apabila berkunjung ke Pulau Mamutik secara tidak sengaja minggu lepas..Lain kali jika aku perlukan ketenangan aku akan ke sana. dan jika perlu menginap. aku akan menginap di Chalet Pulau Manukan...Yess...

Aku akan meninggalkan Mr&Mrs Tedd's ku yang ada di depan mataku ni...Mereka akan menjadi penawar kepadaku ketika aku sedih selain daripada sahabat-sahabatku yang tidak pernah putus2 memberikan aku sokongan dan nasihat, Patt dan Normie. Hehe...idea untuk membeli teddy ni tidak disengajakan semasa aku dan Patt ke Kaison 1B, tetiba jak rasa mau beli...so ku ambik dua skali..ndalah sunyi sangat jika 1 jak dibeli. Kunamakan meka Mr & Mrs Tedd...Tk Cr Mr & Mrs Tedd..Wajah korang tetap dihatiku...^_^

No comments:

Post a Comment