Wednesday, November 3, 2010

Langkah Pertama+Hobi Baru ...

Aku semakin suka membuat blog ni...Rupanya tidak sesusah mana jika bertanya dan belajar sendiri. hehehe..thanks MsRemptt memberikanku tunjuk ajar mencantikkan lagi blogku yang tidak seberapa..

Ini juga boleh ku katakan sebagai langkah pertama untuk memulakan sesuatu. Langkah Pertama juga untuk berubah...Aku tidak mahu berubah untuk sesuatu yang tidak baik, maksudku berubah sikap semata-mata untuk menarik perhatian orang. Itu bukan aku. Berubah maksudku adalah berubah dari segi sikap, dan pemikiran. Aku mempunyai sesuatu matlamat yang aku ingin capai dan perlukan kesungguhan supaya aku dapat merealisasikannya. Aku perlukan sokongan dan motivasi dari semua teman paling rapat supaya aku tidak mudah berputus asa. Aku sebetulnya penat sudah hidup berputus asa. Terlalu cepat mengalah dengan sesuatu yang remeh. Apalah salahnya kali ini aku menguatkan semangatku demi matlamatku...Mesti korang pun tertanya-tanya apalah matlamat c Oyot ni kan...hehehehe...Ianya hanya matlamat kecil tapi bagiku cukup bermakna..Aku ingin memberikan kesenangan kepada orang tuaku. Aku sudah lama bersikap mementingkan diri..kini aku harus menumpukan kepada mereka pula. Kata orang, tidak ada perkara lain yang lebih berharga selain daripada membahagiakan kedua orang tua...erm tidak dilupakan juga untuk makcik ku yang paling ku sayang..Love You So Much.

No comments:

Post a Comment