Wednesday, November 10, 2010
Learning Process
Setiap hari kita mengalami proses pembelajaran. Apa yang kita lalui merupakan satau pembelajaran yang sepatutnya mematangkan kita. Ambillah apa yang berlaku itu sebagai satu pengalaman yang berharga. Kadang kita terleka dengan sesutau keadaan dan cepat melatah dengan sesuatu situasi. Apalah salahnya kita fikirkan semula apa yang telah berlaku dan kembali kepada fitrahnya. Bermuhasabah diri adalah salah satu cara untuk menilai semula sama ada sesuatu itu mendatangkan kebaikan atau keburukan kepada kita. Bukankah lumrah hidup manusia seharusnya begitu, ibarat kata pepatah 'Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih".
Saturday, November 6, 2010
Starting My Hobby..
Berada di kampung setelah hampir sebulan tidak balik. Wah!Perasaan yang sangat seronok bila berada di rumah...rindu pada bebelan mak, bunyi deruan sungai, rindu untuk membebel dengan anak-anak buah..hehehe..kesukaanku membuli anak-anak buah bila aku balik..Mahu dikatakan Auntie garang..wahahaha..padahal hanya diketawakan saja bila buat muka marah terhadap mereka. Sukanya aku dikampung, apa saja boleh dilakukan...Katalah mau makan apa, rajin saja semuanya memasak. Paling ku suka bila balik ni dapat berkumpul adik-beradik, pastu boleh makan sama-sama..Hidangan wajib adalah sup tulang...Apanya tidak membesar dengan sihatnya bila balik kampung saja makan banyak..hehehehe
Satu kegemaranku sekarang adalah menangkap gambar..ku suka gambar pemandangan, pokok-pokok, haiwan, dan apa saja yang aku rasa menarik. Minat ini sebenarnya sudah lama tapi dipendamkan sahaja kerana tiada kamera...Baru ini aku telah menggunakan salary bulan ni untuk membeli kamera digital Panasonic Lumix DMC-F3..aku beli saja tanpa bertanya banyak kelebihan kamera ini. Tanpa berfikir panjang aku terus membelinya yang penting bagiku ketika itu, aku puas hati.
Aku menyimpan hasrat untuk membeli sebuah kamera lagi yang mempunyai lens yang menarik..Aku bukanlah seorang photographer yang serba tau..hanya sekadar untuk suka-suka dan memuaskan hati sahaja. Aku mengimpikan Kamera Nikon..x kisahlah apa modelnya yang penting ia mempunyai lens yang boleh ku gunakan untuk mengambil gambar-gambar yang menarik. Dan untuk itu, aku kena menyimpan lagi untuk membelinya nanti...sambil-sambil itu juga aku boleh mencari model yang ku rasa sesuai..ermmm...
Petang hari ini, aku bersama beliau, abang, kakak, dan anak buahku yang paling pintar Acik ke kebun dkt hutan (Batu 5). Tujuan utama ke sana adalah untuk mengira jumlah kayu-kayu yang sudah diangkat. Aku dan Acik pula membawa kamera untuk mengambil gambar. Sesampai disana, aku mencari-cari apa sahaja yang ada di sekitarku yang ku rasa menarik untuk diambil gambar.Agak banyak jugalah gambar yang ku ambil..Nanti akan ku uplodkan gambar yang kurasa menarik untuk tatapan bersama..^_*

Wednesday, November 3, 2010
Langkah Pertama+Hobi Baru ...
Aku semakin suka membuat blog ni...Rupanya tidak sesusah mana jika bertanya dan belajar sendiri. hehehe..thanks MsRemptt memberikanku tunjuk ajar mencantikkan lagi blogku yang tidak seberapa..
Ini juga boleh ku katakan sebagai langkah pertama untuk memulakan sesuatu. Langkah Pertama juga untuk berubah...Aku tidak mahu berubah untuk sesuatu yang tidak baik, maksudku berubah sikap semata-mata untuk menarik perhatian orang. Itu bukan aku. Berubah maksudku adalah berubah dari segi sikap, dan pemikiran. Aku mempunyai sesuatu matlamat yang aku ingin capai dan perlukan kesungguhan supaya aku dapat merealisasikannya. Aku perlukan sokongan dan motivasi dari semua teman paling rapat supaya aku tidak mudah berputus asa. Aku sebetulnya penat sudah hidup berputus asa. Terlalu cepat mengalah dengan sesuatu yang remeh. Apalah salahnya kali ini aku menguatkan semangatku demi matlamatku...Mesti korang pun tertanya-tanya apalah matlamat c Oyot ni kan...hehehehe...Ianya hanya matlamat kecil tapi bagiku cukup bermakna..Aku ingin memberikan kesenangan kepada orang tuaku. Aku sudah lama bersikap mementingkan diri..kini aku harus menumpukan kepada mereka pula. Kata orang, tidak ada perkara lain yang lebih berharga selain daripada membahagiakan kedua orang tua...erm tidak dilupakan juga untuk makcik ku yang paling ku sayang..Love You So Much.

Tuesday, November 2, 2010
Bagaikan dicucuk-cucuk hati ini untuk balik ke kampung..Kalaulah ku ada sayap, ingin saja ku terbang balik skrg juga....Hampir sebulan tidak balik ke kampung, membuatkan aku rasa tersangat rindu. Bukanlah ada apa-apa yang istimewa di kampung tetapi rindu dengan keluarga, berkumpul bersama, dan membuat aktiviti bersama...Lagi seronok bila buat aktiviti masak-masak, kuarga pcik dan makcik datang rumah makan bersama-sama dan karaoke...karaoke sampai tak ingat dunia..hehehe...
Aku hairan dengan segelintir sikap manusia yang suka berjauhan dengan keluarga. Kalau sudah mempunyai keluarga sendiri itu lain lah...kerana masing-masing mempunyai komitmen lain. Aku, sementara masih bujang2 ni, keluarga akan tetapku utamakan...walau hanya sekali sebulan balik, aku masti balik. Dan aku juga menyimpan hasrat, suatu hari nanti, aku ingin berkhidmat di tempatku sendiri..tidak kisahlah sama ada aku bekerja dengan agensi lain, mahupun bekerja sendiri, aku pasti dan yakin aku kan balik ke sana.
Ingatan ku ketika ini bukan lagi di sini(tmpt krj)..Betapa rindunya aku dengan suasana rumah...wawawawa..melampau betul...hehehehe...Di Sana juga tempatku menenangkan fikiran. Bilaku rasa sangat stress ataupun perlukan oksigen lebih, maka aku akan balik. Ermm...bercakap pasal tempat menenangkan fikiran, aku sudah menemui satu lagi tempat yang sesuai untuk merawat jiwa yang luka...uhuhuhuu...Pulau Mamutik...Aku rasa tenang sekali apabila berkunjung ke Pulau Mamutik secara tidak sengaja minggu lepas..Lain kali jika aku perlukan ketenangan aku akan ke sana. dan jika perlu menginap. aku akan menginap di Chalet Pulau Manukan...Yess...
Aku akan meninggalkan Mr&Mrs Tedd's ku yang ada di depan mataku ni...Mereka akan menjadi penawar kepadaku ketika aku sedih selain daripada sahabat-sahabatku yang tidak pernah putus2 memberikan aku sokongan dan nasihat, Patt dan Normie. Hehe...idea untuk membeli teddy ni tidak disengajakan semasa aku dan Patt ke Kaison 1B, tetiba jak rasa mau beli...so ku ambik dua skali..ndalah sunyi sangat jika 1 jak dibeli. Kunamakan meka Mr & Mrs Tedd...Tk Cr Mr & Mrs Tedd..Wajah korang tetap dihatiku...^_^
Monday, November 1, 2010
Starting A New Life
Ungkapan yang sering dikatakan apabila melalui keadaan yang sangat sukar. Entah berapa banyak kali ungkapan ini dikatakan, tetapi masih juga tidak berubah. Apakah aku harus memulakan kembali ataupun aku harus menguatkan semangatku untuk memulakan sesuatu yang baru tanpa perlu aku menoleh ke belakang...
Kadang aku rasa aku kuat untuk melawan semua perasaan itu tetapi kadang aku lemah dan terasa seperti ingin membiarkan keadaan itu begitu. Tetapi hidup ini untuk masa akan datang...Aku seharusnya tidak perlu menoleh ke belakang lagi sebaliknya menumpukan kepada fokus untuk mencapai matlamatku.
Mahu tidak mahu, aku kena lawan semua sikap lemahku untuk kehidupanku akan datang. Aku harus kuat dan tabah untuk melawan perasaanku yang satu ini. Aku mesti melupakan semua kenangan lepas, biarkan ia berlalu dan menjadi pengalaman hidupku. Pengalaman hidup yang seharusnya mematangkan fikiran dan bukannya melemahkan.
Memulakan hidup baru bermakna, aku harus meninggalkan semua kenangan yang lepas. Aku tidak ingin dibayangi oleh bayang-bayang orang yang pernah aku sayangi. Tinggalah kenangan yang menyakitkan...Pergilah aku tidak ingin hidup dalam bayang-bayangmu...

Subscribe to:
Comments (Atom)