Ungkapan yang sering dikatakan apabila melalui keadaan yang sangat sukar. Entah berapa banyak kali ungkapan ini dikatakan, tetapi masih juga tidak berubah. Apakah aku harus memulakan kembali ataupun aku harus menguatkan semangatku untuk memulakan sesuatu yang baru tanpa perlu aku menoleh ke belakang...
Kadang aku rasa aku kuat untuk melawan semua perasaan itu tetapi kadang aku lemah dan terasa seperti ingin membiarkan keadaan itu begitu. Tetapi hidup ini untuk masa akan datang...Aku seharusnya tidak perlu menoleh ke belakang lagi sebaliknya menumpukan kepada fokus untuk mencapai matlamatku.
Mahu tidak mahu, aku kena lawan semua sikap lemahku untuk kehidupanku akan datang. Aku harus kuat dan tabah untuk melawan perasaanku yang satu ini. Aku mesti melupakan semua kenangan lepas, biarkan ia berlalu dan menjadi pengalaman hidupku. Pengalaman hidup yang seharusnya mematangkan fikiran dan bukannya melemahkan.
Memulakan hidup baru bermakna, aku harus meninggalkan semua kenangan yang lepas. Aku tidak ingin dibayangi oleh bayang-bayang orang yang pernah aku sayangi. Tinggalah kenangan yang menyakitkan...Pergilah aku tidak ingin hidup dalam bayang-bayangmu...

donk luk bek kad urang puteh jo...
ReplyDeleteyeah...i will try...^_^
ReplyDelete