Berada di kampung setelah hampir sebulan tidak balik. Wah!Perasaan yang sangat seronok bila berada di rumah...rindu pada bebelan mak, bunyi deruan sungai, rindu untuk membebel dengan anak-anak buah..hehehe..kesukaanku membuli anak-anak buah bila aku balik..Mahu dikatakan Auntie garang..wahahaha..padahal hanya diketawakan saja bila buat muka marah terhadap mereka. Sukanya aku dikampung, apa saja boleh dilakukan...Katalah mau makan apa, rajin saja semuanya memasak. Paling ku suka bila balik ni dapat berkumpul adik-beradik, pastu boleh makan sama-sama..Hidangan wajib adalah sup tulang...Apanya tidak membesar dengan sihatnya bila balik kampung saja makan banyak..hehehehe
Satu kegemaranku sekarang adalah menangkap gambar..ku suka gambar pemandangan, pokok-pokok, haiwan, dan apa saja yang aku rasa menarik. Minat ini sebenarnya sudah lama tapi dipendamkan sahaja kerana tiada kamera...Baru ini aku telah menggunakan salary bulan ni untuk membeli kamera digital Panasonic Lumix DMC-F3..aku beli saja tanpa bertanya banyak kelebihan kamera ini. Tanpa berfikir panjang aku terus membelinya yang penting bagiku ketika itu, aku puas hati.
Aku menyimpan hasrat untuk membeli sebuah kamera lagi yang mempunyai lens yang menarik..Aku bukanlah seorang photographer yang serba tau..hanya sekadar untuk suka-suka dan memuaskan hati sahaja. Aku mengimpikan Kamera Nikon..x kisahlah apa modelnya yang penting ia mempunyai lens yang boleh ku gunakan untuk mengambil gambar-gambar yang menarik. Dan untuk itu, aku kena menyimpan lagi untuk membelinya nanti...sambil-sambil itu juga aku boleh mencari model yang ku rasa sesuai..ermmm...
Petang hari ini, aku bersama beliau, abang, kakak, dan anak buahku yang paling pintar Acik ke kebun dkt hutan (Batu 5). Tujuan utama ke sana adalah untuk mengira jumlah kayu-kayu yang sudah diangkat. Aku dan Acik pula membawa kamera untuk mengambil gambar. Sesampai disana, aku mencari-cari apa sahaja yang ada di sekitarku yang ku rasa menarik untuk diambil gambar.Agak banyak jugalah gambar yang ku ambil..Nanti akan ku uplodkan gambar yang kurasa menarik untuk tatapan bersama..^_*
No comments:
Post a Comment