Buat julung kalinya pada tahun ini mengadakan Hari Keluarga Indau. Idea bermula daripada seorang sepupu untuk mengadakannya dan setelah kata dipersetujui maka sambutan diadakan pda 30 & 31 Disember 2010. Wah, walaupun sederhana tetapi meriah. 30 Disember 2010, acara sukaneka diadakan...dengan matahari yang terik di awal pagi acara bermula sehinggalah petang. Hitam dan lengan ni tapi x apalah, bukan selalu..nasib baiklah ku punya muka x terbakar..hehehe...waktu malam pula diadakan pertandingan Karaoke..jadilah aku MC tidak bertauliah..Jam menunjukkan pukul 12.08am 31 Disember 2010, masih menyanyi lagi para makcik dan pakcikku..aina..ni baru Hari Keluarga, lau upacara perkahwinan nanti, sudah tentu sampai pagi acara menyanyi karaoke..begitulah kemeriahan sambutan sebarang acara di sini..hehehehehe...
Thursday, December 30, 2010
SELAMAT TINGGAL 2010, SELAMAT DATANG 2011
Tinggal sehari lagi tahun 2010 akan melabuhkan tirainya. Selamat datang 2011, dengan harapan, semangat, dan azam baru. 2010, permulaan untuk hidup yang lebih matang barangkali kalau itu yang boleh dikatakan. Patah hati kerana perhubungan yang tidak kesampaian, namun itu bukan satu alasan yang kukuh untuk aku tidak bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Mujurlah, di saat-saat hatiku sedih, adanya sahabat baik yang banyak memberikan sokongan dan nasihat supaya aku lebih kuat dan tabah untuk segalanya. Semua kekecewaan yang dilalui ada hikmah disebaliknya yang belum kita ketahui..Oleh itu, pandanglah ke hadapan..jadikan misimu sebagai keutamaanmu, ikhlas, menghormati org lain, dan berfikir yang baik2 sahaja, Insya Allah apa yang dihadapan akan dilalui dengan baik.Kenangan manis tetap ada juga yang tidak juga akan dilupakan.
2011, tinggal setahun lagi untukku menghabiskan perjuangan sebagai seorang student..Insya Allah, selepas tamat Degree, jika dimurahkan rezeki akan meneruskan pengajian ke peringkat Master. Apa lagi yang ingin aku lakukan selain dari menimba ilmu untuk mencapai kepuasan...heeee...Semoga Berjaya...Apa lagi harapan untuk tahun 2011...???Harapnya misi tercapai tanpa mengutamakan perasaan lagi. Cukuplah sudah apa yang sudah aku lalui...Jika berteman pasti ianya akan datang sendiri tanpa diminta...Apa yang penting, Kuatkan azam dalam dada, tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi..chewahhh mcm Melodi lah pula...hehehe..apapun Niat Yang Ikhlas, Doa KepadaNya, Usaha dan Tawakal pasti berjaya..Insya Allah..

Tuesday, December 7, 2010
Salam Maal Hijrah
1 Muharam 1432H..selamat menyambut tahun baru Hijrah.Aku menyambut tahun baru hijrah di kampung dengan suasana sederhana. Aku sengaja mengambil cuti kelmarin untuk memberi peluang kepada diri bermuhasabah disamping membina kekuatan diri. Sejak kebelakangan ini aku rasakan aku memerlukan keyakinan diri dan masa untuk memberi ruang kepada diri bermuhasabah menjadi yang lebih baik...Kadang aku terfikir, apa sebenarnya yang aku mahu dalam hidup ini?Kenapa laluan hidupku ku rasa sukar berbanding yang lain?Tapi, bila difikirkan semula, semua yang telah aku lalui tentunya mempunyai hikmah yang tersembunyi. Mungkin inilah ujian yang diberikan kepadaku..Siapa tahu atas berkat kesabaran, akhirnya nanti aku akan beroleh kesenangan juga. Insya Allah.
Wednesday, November 10, 2010
Learning Process
Setiap hari kita mengalami proses pembelajaran. Apa yang kita lalui merupakan satau pembelajaran yang sepatutnya mematangkan kita. Ambillah apa yang berlaku itu sebagai satu pengalaman yang berharga. Kadang kita terleka dengan sesutau keadaan dan cepat melatah dengan sesuatu situasi. Apalah salahnya kita fikirkan semula apa yang telah berlaku dan kembali kepada fitrahnya. Bermuhasabah diri adalah salah satu cara untuk menilai semula sama ada sesuatu itu mendatangkan kebaikan atau keburukan kepada kita. Bukankah lumrah hidup manusia seharusnya begitu, ibarat kata pepatah 'Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih".
Saturday, November 6, 2010
Starting My Hobby..
Berada di kampung setelah hampir sebulan tidak balik. Wah!Perasaan yang sangat seronok bila berada di rumah...rindu pada bebelan mak, bunyi deruan sungai, rindu untuk membebel dengan anak-anak buah..hehehe..kesukaanku membuli anak-anak buah bila aku balik..Mahu dikatakan Auntie garang..wahahaha..padahal hanya diketawakan saja bila buat muka marah terhadap mereka. Sukanya aku dikampung, apa saja boleh dilakukan...Katalah mau makan apa, rajin saja semuanya memasak. Paling ku suka bila balik ni dapat berkumpul adik-beradik, pastu boleh makan sama-sama..Hidangan wajib adalah sup tulang...Apanya tidak membesar dengan sihatnya bila balik kampung saja makan banyak..hehehehe
Satu kegemaranku sekarang adalah menangkap gambar..ku suka gambar pemandangan, pokok-pokok, haiwan, dan apa saja yang aku rasa menarik. Minat ini sebenarnya sudah lama tapi dipendamkan sahaja kerana tiada kamera...Baru ini aku telah menggunakan salary bulan ni untuk membeli kamera digital Panasonic Lumix DMC-F3..aku beli saja tanpa bertanya banyak kelebihan kamera ini. Tanpa berfikir panjang aku terus membelinya yang penting bagiku ketika itu, aku puas hati.
Aku menyimpan hasrat untuk membeli sebuah kamera lagi yang mempunyai lens yang menarik..Aku bukanlah seorang photographer yang serba tau..hanya sekadar untuk suka-suka dan memuaskan hati sahaja. Aku mengimpikan Kamera Nikon..x kisahlah apa modelnya yang penting ia mempunyai lens yang boleh ku gunakan untuk mengambil gambar-gambar yang menarik. Dan untuk itu, aku kena menyimpan lagi untuk membelinya nanti...sambil-sambil itu juga aku boleh mencari model yang ku rasa sesuai..ermmm...
Petang hari ini, aku bersama beliau, abang, kakak, dan anak buahku yang paling pintar Acik ke kebun dkt hutan (Batu 5). Tujuan utama ke sana adalah untuk mengira jumlah kayu-kayu yang sudah diangkat. Aku dan Acik pula membawa kamera untuk mengambil gambar. Sesampai disana, aku mencari-cari apa sahaja yang ada di sekitarku yang ku rasa menarik untuk diambil gambar.Agak banyak jugalah gambar yang ku ambil..Nanti akan ku uplodkan gambar yang kurasa menarik untuk tatapan bersama..^_*

Wednesday, November 3, 2010
Langkah Pertama+Hobi Baru ...
Aku semakin suka membuat blog ni...Rupanya tidak sesusah mana jika bertanya dan belajar sendiri. hehehe..thanks MsRemptt memberikanku tunjuk ajar mencantikkan lagi blogku yang tidak seberapa..
Ini juga boleh ku katakan sebagai langkah pertama untuk memulakan sesuatu. Langkah Pertama juga untuk berubah...Aku tidak mahu berubah untuk sesuatu yang tidak baik, maksudku berubah sikap semata-mata untuk menarik perhatian orang. Itu bukan aku. Berubah maksudku adalah berubah dari segi sikap, dan pemikiran. Aku mempunyai sesuatu matlamat yang aku ingin capai dan perlukan kesungguhan supaya aku dapat merealisasikannya. Aku perlukan sokongan dan motivasi dari semua teman paling rapat supaya aku tidak mudah berputus asa. Aku sebetulnya penat sudah hidup berputus asa. Terlalu cepat mengalah dengan sesuatu yang remeh. Apalah salahnya kali ini aku menguatkan semangatku demi matlamatku...Mesti korang pun tertanya-tanya apalah matlamat c Oyot ni kan...hehehehe...Ianya hanya matlamat kecil tapi bagiku cukup bermakna..Aku ingin memberikan kesenangan kepada orang tuaku. Aku sudah lama bersikap mementingkan diri..kini aku harus menumpukan kepada mereka pula. Kata orang, tidak ada perkara lain yang lebih berharga selain daripada membahagiakan kedua orang tua...erm tidak dilupakan juga untuk makcik ku yang paling ku sayang..Love You So Much.

Tuesday, November 2, 2010
Bagaikan dicucuk-cucuk hati ini untuk balik ke kampung..Kalaulah ku ada sayap, ingin saja ku terbang balik skrg juga....Hampir sebulan tidak balik ke kampung, membuatkan aku rasa tersangat rindu. Bukanlah ada apa-apa yang istimewa di kampung tetapi rindu dengan keluarga, berkumpul bersama, dan membuat aktiviti bersama...Lagi seronok bila buat aktiviti masak-masak, kuarga pcik dan makcik datang rumah makan bersama-sama dan karaoke...karaoke sampai tak ingat dunia..hehehe...
Aku hairan dengan segelintir sikap manusia yang suka berjauhan dengan keluarga. Kalau sudah mempunyai keluarga sendiri itu lain lah...kerana masing-masing mempunyai komitmen lain. Aku, sementara masih bujang2 ni, keluarga akan tetapku utamakan...walau hanya sekali sebulan balik, aku masti balik. Dan aku juga menyimpan hasrat, suatu hari nanti, aku ingin berkhidmat di tempatku sendiri..tidak kisahlah sama ada aku bekerja dengan agensi lain, mahupun bekerja sendiri, aku pasti dan yakin aku kan balik ke sana.
Ingatan ku ketika ini bukan lagi di sini(tmpt krj)..Betapa rindunya aku dengan suasana rumah...wawawawa..melampau betul...hehehehe...Di Sana juga tempatku menenangkan fikiran. Bilaku rasa sangat stress ataupun perlukan oksigen lebih, maka aku akan balik. Ermm...bercakap pasal tempat menenangkan fikiran, aku sudah menemui satu lagi tempat yang sesuai untuk merawat jiwa yang luka...uhuhuhuu...Pulau Mamutik...Aku rasa tenang sekali apabila berkunjung ke Pulau Mamutik secara tidak sengaja minggu lepas..Lain kali jika aku perlukan ketenangan aku akan ke sana. dan jika perlu menginap. aku akan menginap di Chalet Pulau Manukan...Yess...
Aku akan meninggalkan Mr&Mrs Tedd's ku yang ada di depan mataku ni...Mereka akan menjadi penawar kepadaku ketika aku sedih selain daripada sahabat-sahabatku yang tidak pernah putus2 memberikan aku sokongan dan nasihat, Patt dan Normie. Hehe...idea untuk membeli teddy ni tidak disengajakan semasa aku dan Patt ke Kaison 1B, tetiba jak rasa mau beli...so ku ambik dua skali..ndalah sunyi sangat jika 1 jak dibeli. Kunamakan meka Mr & Mrs Tedd...Tk Cr Mr & Mrs Tedd..Wajah korang tetap dihatiku...^_^
Monday, November 1, 2010
Starting A New Life
Ungkapan yang sering dikatakan apabila melalui keadaan yang sangat sukar. Entah berapa banyak kali ungkapan ini dikatakan, tetapi masih juga tidak berubah. Apakah aku harus memulakan kembali ataupun aku harus menguatkan semangatku untuk memulakan sesuatu yang baru tanpa perlu aku menoleh ke belakang...
Kadang aku rasa aku kuat untuk melawan semua perasaan itu tetapi kadang aku lemah dan terasa seperti ingin membiarkan keadaan itu begitu. Tetapi hidup ini untuk masa akan datang...Aku seharusnya tidak perlu menoleh ke belakang lagi sebaliknya menumpukan kepada fokus untuk mencapai matlamatku.
Mahu tidak mahu, aku kena lawan semua sikap lemahku untuk kehidupanku akan datang. Aku harus kuat dan tabah untuk melawan perasaanku yang satu ini. Aku mesti melupakan semua kenangan lepas, biarkan ia berlalu dan menjadi pengalaman hidupku. Pengalaman hidup yang seharusnya mematangkan fikiran dan bukannya melemahkan.
Memulakan hidup baru bermakna, aku harus meninggalkan semua kenangan yang lepas. Aku tidak ingin dibayangi oleh bayang-bayang orang yang pernah aku sayangi. Tinggalah kenangan yang menyakitkan...Pergilah aku tidak ingin hidup dalam bayang-bayangmu...

Monday, October 4, 2010
Penting Diri Sendiri
Sellfish!!...ramai orang tidak senang dengan perkataan ini apatah lagi bila dilabelkan mempunyai sikap mementingkan diri sendiri. Mengapakah orang suka mementingkan diri sendiri? Tidakkah mereka merasa mereka telah menyusahkan orang lain?
Hidup ini memnag mcm ni kah?Berdepan dengan sikap segelintir manusia yang pentingkan diri sendiri. Tidak memikirkan perasaan orang lain. Betapa kejamnya sikap-sikap manusia sebegini.
Hidup ini memnag mcm ni kah?Berdepan dengan sikap segelintir manusia yang pentingkan diri sendiri. Tidak memikirkan perasaan orang lain. Betapa kejamnya sikap-sikap manusia sebegini.
Tuesday, September 14, 2010
Salam AidilFitri, Maaf Zahir dan Batin
Selamat menyambut aidilfitri buat semua. Tahun ini seperti tahun2 sebelumnya merayakan hari raya di kampung. Kali ini suasana berbeza kerana hujan turun pada waktu petang hampir setiap hari. Ketika ini pun, hujan sedang turun. Hujan adalah satu rahmat dariNya.
Sesungguhnya aku sangat mendambakan hujan kerana turunnya hujan seolah-olah mengerti akan perasaan yang sedang kacau ketika ini.. Turunnya hujan membasahkan isi bumi. Turunnya hujan untuk membersihkan jiwa yang sedang merintih kesedihan....Wah, aku sudah boleh buat puisi kalu mcm ni..
Thursday, August 12, 2010
Cinta dan Nafsu
Setiap orang memilik perasaan kasih sayang tidak mengira tua ataupun muda. Perasaan cinta, kasih dan sayang dengan seseorang bukanlah semudah yang disangka. Benarlah kata pujangga, cinta mampu membinasakan kita, dan cinta juga mampu menjadikan kita benar-benar hidup.
Cinta bukan merujuk kepada pasangan kekasih sahaja, malah lebih luas daripada itu. Kadang, cinta dan persahabatan menjadi keliru, dan ada yang disalahertikan. Namun bagi mereka yang masih berpegang kepada niat, pasti tidak akan memandang sesuatu itu sebagai yang nyata.
Nafsu, semua orang mempunyai nafsu. Malah ada segelintir yang mempunyai nafsu yang berbeza-beza. Antara nafsu dan cinta mempunyai perkaitan yang kuat. Perasaan cinta tanpa kawalan menimbulkan nafsu. Nafsu yang akhirnya akan membawa kepada penyesalan. Itu bagi mereka yang tau ertinya penyesalan. Tapi bagi mereka yang mempermainkan cinta dan menghambakan diri kepada nafsu, betapa ruginya menjadi seorang manusia. Kita dikurniakan akal untuk berfikir. Kawal nafsu dan perasaan cinta, mudah-mudahan akan dapat dihindari dari melakukan perbuatan yang sia-sia.

Sunday, July 25, 2010
Hujung Minggu
hujung minggu lepas agak menarik sedikit. keluar bersama teman2 lama. keluar bermain boling, karaoke, dan ke pantai. agak lama juga aku tidak keluar beramai2 ni. sudah tentu aku seronok. apatah lagi keluar pada kali ni ada sedikit rancangan untuk mengenakan orang.wahkahkahkah..
Friday, July 23, 2010
Welcome
Selamat Datang!...Ungkapan yang selalu diucapkan apabila kita datang ke sesuatu tempat. Selamat datang untukku memulakan hari pertama di blog. Keinginan untuk membuat blog sudah lama tetapi kini baru kesampaian. Moga-moga blog ini akan menjadi metod untuk kita sama-sam berkongsi apa juga info dan perkongsian ilmu...:-)
Subscribe to:
Comments (Atom)